Ada
seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik
dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan
itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia
hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak
suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak,
"Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa
kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari
suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan
bacaan-bacaanmu itu."
Untuk
membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak
kepada isterinya dengan
berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan
menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah
beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk
disimpan."
Kemudian
isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya
dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan
duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim."
Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan
beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak
memulakan sesuatu kerja.

0 comments:
Posting Komentar